Sistem Perakaunan UBS

Sistem Software UBS menjadi pilihan kebanyakan syarikat dewasa ini. Walaupun cara penggunaannya agak rumit bagi seseorang individu, namun penggunaan UBS dalam Perakaunan dapat menyimpan semua data secara sistematik dan teratur. Pengisian data yang teratur ini memudahkan banyak kerja-kerja dalam perakaunan.
                   
Kursus Perakaunan UBS ini khas untuk mereka yang ingin meningkatkan kerjaya dalam bidang Perakaunan. Bagi mereka yang belum pernah mempelajari perakaunan sebelum ini, usah risau kerana CNC memberi pendedahan dari peringkat asas sehinggalah kepada penggunan setiap aplikasi dalam Sofware UBS.

Modul Pembelajaran :

1. Asas Perakaunan (Manual)
Di peringkat pengenalan , anda akan diberi asas pengetahuan terhadap perakaunan seperti prinsip-prinsip, pengelasan dalam perakaunan serta jenis-jenis akaun syarikat. Pendedahan juga diberi terhadap Catatan Bergu, Dokumen Sumber, Jurnal, Penyata Kewangan, Lejar, Pelarasan, Perakaunan untuk Aset Tetap & Susutnilai dan banyak lagi keperluan perakaunan yang diguna-pakai dalam sesuatu syarikat. Pembelajaran Sistem Sofware merangkumi skop pembelajaran berikut :
UBS Accounting (Perakaunan UBS)
UBS Payroll (Penggajian UBS)
UBS Stock Control (Inventori UBS)