Kursus Bahasa Inggeris

SALAH SATU SEBAB MENGAPA RAMAI PELAJAR-PELAJAR MELAYU / BUMIPUTERA TIDAK BERMINAT MENGIKUTI KURSUS BAHASA INGGERIS DI KEBANYAKAN PUSAT BAHASA ADALAH KERANA PELATIH MENGAJAR DALAM BAHASA INGGERIS SEPENUHNYA. PELAJAR-PELAJAR INI TIDAK DAPAT MENGIKUTI PENGAJARAN TERSEBUT KERANA MEREKA TIDAK FAHAM !

Alasan ini memang munasabah.

Senario yang dihadapi oleh pelajar pelajar Melayu/Bumiputera adalah kesukaran mereka berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris walaupun mereka mempunyai kelulusan di peringkat Ijazah ! Kami turut mengambil kira golongan pekerja yang tidak dapat meningkatkan diri kerana tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di tempat kerja, bahkan ada yang tidak dapat memahami keperluan dokumentasi yang kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Inggeris.


Di C&C, pensyarah kami bukan sahaja golongan profesional yang prihatin terhadap masalah yang tersebut di atas, beliau bersedia mengintrepretasikan setiap penggunaan ayat ke Bahasa Melayu untuk memberi kefahaman secara total serta memudahkan anda untuk berinteraksi.


Penggunaan tatabahasa (Grammar) yang betul diberi penekanan untuk membolehkan pembelajaran Bahasa Inggeris seterusnya berjalan lancar. Anda akan diperdengarkan kaedah sebutan yang betul dan belajar bertutur dengan sebutan dan lenggok bahasa yang betul. Antara lain, anda juga dilatih membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris.