Pengurusan Sumber Manusia

KURSUS LENGKAP PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

1. Pengenalan Kepada Pengurusan Sumber Manusia
Anda didedahkan dengan pengetahuan asas tugasan spesifik seorang kakitangan Sumber Manusia ; dari mula seorang pekerja diambil, pengurusan orientasi, pemfailan data-data pekerja, penyediaan gaji, pengurusan KWSP, PERKESO dan percukaian sehinggalah maklumat-maklumat yang perlu anda ketahui dari segi perundangan buruh, penyelesaian masalah dan perundangan industri. Latihan praktikal akan diberi untuk memastikan anda tahu mengendalikan dokumen-dokumen yang melibatkan hal-ehwal sumber manusia.
2.Pengurusan Kakitangan & Perjawatan
Anda akan didedahkan dengan pengurusan kakitangan & perjawatan mengikut perundangan dan Akta Buruh agar setiap keputusan dan langkah yang diambil dalam urusan kakitangan dan perjawatan menetapi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Pengurusan Kakitangan & Perjawatan termasuklah pengurusan cuti pekerja (cuti tahunan, cuti sakit, cuti kahwin dan lain-lain), Medical Expenses dan sebagainya.

3. Pengurusan Dokumen & Rekod
Pengurusan dokumen, rekod dan pemfailan bermula daripada proses temuduga, perlantikan pekerja, orientasi, penilaian prestasi, sehinggalah kepada pengesahan jawatan, kenaikan gaji, kenaikan pangkat dan pengurusan gaji.

4. Pengurusan Gaji
Mengetahui kiraan gaji (gaji penuh dan gaji mengikut hari), kerja lebih masa (overtimes), elaun serta potongan (untuk KWSP, PERKESO dan PCB) yang betul adalah penting. Anda akan didedahkan dengan semua formula kiraan yang perlu.

                   

5. Pengurusan KWSP & PERKESO
Anda juga akan didedahkan dengan kaedah pengurusan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Kemajuan Sosial (PERKESO) untuk pekerja dan juga majikan. Turut diajar ialah cara-cara mendaftarkan pekerja untuk mendapatkan keahlian serta tuntutan sekiranya berlaku kemalangan dalam waktu bekerja.

6. Pengurusan Percukaian & Potongan Cukai Berjadual (PCB)
Anda akan mempelajari kaedah mengendalikan cukai korprat bagi pihak syarikat (Corporate Tax) dan potongan cukai pendapatan untuk kakitangan. Antara lain, anda juga akan mempelajari cara menyediakan Penyata Gaji Tahunan Pekerja (EA Form).

7. Surat-Surat Yang Berkaitan Dengan Hal Ehwal Sumber Manusia
Anda akan dilatih dalam penulisan surat-surat yang berkaitan dengan urusan sumber manusia ; surat perlantikan, pengesahan jawatan, surat amaran, surat tunjuk sebab, surat pemecatan dan sebagainya mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Undang-undang Buruh Malaysia.