Kursus Perakaunan & Pengurusan Kewangan

Jika anda berminat dengan kerjaya dalam Perakaunan, kursus ini amat sesuai untuk anda WALAUPUN anda belum pernah bekerja dalam bidang ini.

           

Modul Pembelajaran :
1. Data Entry Untuk Perakaunan
Anda akan mempelajari kaedah-kaedah bagaimana data-data perakaunan direkod dan diedit ke dalam komputer.

2. Asas Perakaunan (Manual)
Anda didedahkan kepada pengetahuan asas dalam perakaunan yang berkaitan dengan ‘Dokumen Sumber’ seperti Cash Voucher, Payment Voucher, Invoice, Reconciliation dan banyak lagi.

3. Penggunaan Excel Dalam Perakaunan
Excel merupakan aplikasi komputer yang paling asas dan masih popular dalam perakaunan. Walaupun banyak Software Perakaunan baru diperkenalkan. Asas perakaunan itu sendiri berkait rapat dengan penggunaan excel. Oleh itu, dalam modul ini, anda akan diketengahkan kepada penggunaan excel dalam kerja-kerja perakaunan.

4. Asas Pengurusan Kewangan
Pengetahuan mengurus kewangan syarikat membantu anda dalam membuat keputusan pengeluaran kredit demi memastikan kedudukan kewangan syarikat terpelihara ; mengelak daripada berlakunya cek tendang, kekurangan dana, kelalaian mengutip bayaran dan sebagainya.


5. Pengenalan kepada “Full Set Accounts
Anda akan mempelajari asas pembikinan “Full Set Accounts” secara menyeluruh untuk membolehkan anda mengendalikan kerja-kerja Full Set Accounts di tempat kerja anda.