Kursus Lengkap Pengurusan Pejabat

Jika anda bercadang untuk bekerja di pejabat, inilah kursus yang paling sesuai untuk anda. Selepas mengikuti kursus ini, anda dapat bekerja dengan penuh yakin walaupun TIDAK MENDAPAT TUNJUK AJAR / LATIHAN DARIPADA MAJIKAN ANDA!! Sekalipun anda belum pernah bekerja di pejabat sebelum ini…. C&C akan melengkapkan anda dengan segala ilmu dan pengalaman yang sewajarnya, SEOLAH-OLAH ANDA MEMILIKI PENGALAMAN LEBIH 2 TAHUN BEKERJA DI PEJABAT !
* Kursus ini membuka lebih banyak pilihan dalam bidang pekerjaan:

Modul Pembelajaran :
1. Pengurusan Pejabat
Anda akan mengetahui secara amnya perjalanan sesuatu organisasi dan fungsi-fungsi setiap perjawatan. Selain mendapat latihan cara-cara penyediaan laporan dan pengurusan dalam pentadbiran, anda turut didedahkan dengan semua dokumentasi penting bagi sesuatu organisasi serta badan-badan dan agensi-agensi yang berkaitan terhadap perjalanan aktiviti sesebuah syarikat. Modul ini disampaikan dalam bentuk yang termudah untuk membolehkan pelajar-pelajar faham.

 


2.Asas Pengurusan Sumber Manusia
Anda akan memahami tugasan spesifik seorang pegawai sumber manusia ; dari mula seorang pekerja diambil, pengurusan orientasi, pemfailan data-data pekerja, penyediaan gaji, pengurusan KWSP, PERKESO dan percukaian sehinggalah maklumat-maklumat yang perlu anda ketahui dari segi perundangan buruh, penyelesaian masalah dan perundangan industri. Latihan praktikal akan diberi untuk memastikan anda tahu mengendalikan dokumen-dokumen yang melibatkan hal-ehwal sumber manusia.

3.Asas Perakaunan
Dalam modul ini anda akan diperkenalkan tentang prinsip-prinsip, pengelasan dalam perakaunan serta jenis–jenis akaun syarikat. Dalam latihan praktikal C&C pula memberi pengetahuan kepada anda terhadap Catatan Bergu, Dokumen Sumber, Jurnal, Penyata Kewangan, Lejar, Pelarasan, Perakaunan untuk Aset Tetap & Susutnilai dan banyak lagi keperluan perakaunan yang diguna-pakai dalam sesuatu syarikat.

4.Setiausaha & Eksekutif
Anda ingin menjadi seorang Setiausaha atau Eksekutif dalam sesebuah organisasi? Atau anda ingin mengetahui latar-belakang tugasan seseorang setiausaha dan eksekutif agar anda dapat berganding bahu dan bekerjasama dengan mereka dalam usaha perlaksanaan tugas? Modul ini mengetengahkan ketrampilan dan imej diri yang harus ada bagi seorang setiausaha atau eksekutif. Turut diberi pendedahan ialah etika di pejabat, delegasi, tugasan serta kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh seorang setiausaha atau eksekutif.

5. Pengkeranian (Admin)
Tugas seorang kerani dalam sesuatu organisasi tidak harus dipandang ringan kerana ia mendukung semua asas pentadbiran (administration) seperti kerja-kerja pemfailan, menaip, faksimili, penyediaan dokumentasi serta kerja-kerja asas perbankan. Modul ini menerangkan kerja-kerja pengkhususan dalam pengkeranian, serta saling kaitan tugas seorang kerani dengan akaun, sumber manusia, pemasaran, projek, mahupun pengurusan.

6. Penyambut Tetamu dan Operator Telefon
"First Impression" terhadap sesebuah organisasi ialah melalui perkhidmatan Penyambut Tetamu atau Operator Telefon. Protokol dan sikap mesra pelanggan perlu ada dalam menyambut tetamu atau panggilan. Modul ini memberi penekanan kepada aspek-aspek tersebut di atas, selain daripada memahami kaedah penggunaan telefon Sistem PABX dan tatacara menyampaikan maklumat / produk syarikat secara umum.

7.Aplikasi Komputer
Anda akan mempelajari asas penggunaan Microsoft Office Word 2007, Microsoft Excel 2007, Gaya Persembahan & Penggunaan Formula, Meneroka Internet serta lain-lain tambahan aksoseri dalam aplikasi komputer. Modul ini disampaikan secara latihan praktikal dengan menggunakan komputer sebenar.