Apa Kata Mereka (Testimoni)

C&C dahulu dikenali sebagai FAA Training Centre. Ramai Yang Berpuas Hati Dengan Latihan Praktikal yang diberikan. Ianya menjurus kepada "Aktiviti Dunia Pekerjaan Sebenar"!

“Tenaga Pengajar di FAA agak muda tetapi mempunyai pengalaman hands-on. Saya memiliki ijazah dalam Pentadbiran, bagaimanapun tidak mempunyai pengalaman kerja. Oleh itu saya mengambil kursus kemahiran luar tetapi tidak mendapat kemahiran yang diperlukan di tempat kerja. Saya kemudiannya diperkenalkan oleh seorang rakan untuk mengikuti kursus 3 hari FAA dan Alhamdullilah saya berpuas hati. Banyak pendedahan yang saya dapat. Saya bercadang untuk menyambung kursus 4 bulan di FAA agar memiliki kemahiran yang sewajarnya sebelum masuk ke dunia pekerjaan.”
- Siti Rugayah Binti Jusoh (KLPP004/02/10-Hartamas)


“Terima kasih FAA. Walaupun saya baru sebulan mengikuti kursus 4 bulan di FAA tetapi banyak latihan-latihan FAA yang saya gunakan di tempat kerja. Saya merupakan pelajar lepasan Diploma dalam Pengurusan Sumber Manusia tetapi tidak mempunyai banyak pendedahan praktikal. Dengan menyertai FAA, saya begitu yakin dengan jawatan yang saya sandang sekarang dan saya tidak perlu risau lagi tentang masalah kerja kerana saya boleh merujuk kepada FAA”
- Mohd Amin Bin Bakri (KLPSM012/02/10-Hartamas)


“Saya hanya bekerja sebagai kerani akaun dan hanya tahu asas Perakaunan. Disebabkan keinginan untuk meningkatkan taraf hidup, saya menyertai Kursus Perakaunan dan Pengurusan Kewangan di FAA. Macam tidak percaya, saya sudah dapat membuat FULL SET ACCOUNTS secara manual (dengan hanya menggunakan Excel) setanding dengan rakan sekerja yang mengikuti ACCA dan Ijazah Perakaunan. Ini bukan kata-kata manis, anda cubalah sendiri…baru tahu. Thank you so much, FAA”
- Zuraidah Ahmad (KPPK06/01/10-Shah Alam)