Sekapur Sirih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan industri, perusahaan dan organisasi-organisasi yang tumbuh bagaikan cendawan di negara ini, peluang pekerjaan terbuka luas di peringkat professional. Bagaimana pun statistik  pengangguran yang agak tinggi khususnya melibatkan para lepasan graduan turut membimbangkan banyak pihak.

Setelah mengkaji akar umbi kepada punca permasalahan ini, secara jelas membuktikan bahawa para lepasan graduan tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran yang sewajarnya menyebabkan mereka tidak mendapat pekerjaan yang diidamkan.

Menyedari hal sedemikian maka C&C Training Centre ditubuhkan yang mana konsep latihan yang kami berikan adalah berbeza berbanding lain-lain pusat latihan yang terdapat di negara kita. Ianya lebih kepada latihan berbentuk praktikal yang bertujuan untuk mengasah kemahiran dan memberi pengalaman kerja secara tidak langsung kepada pelajar-pelajar kami. Dengan ini adalah diharapkan agar latihan kemahiran yang dipelajari di Pusat Latihan kami dapat diguna-pakai sepenuhnya oleh pelajar bermula hari pertama mereka melangkah ke dunia pekerjaan.

Selain kadar yuran yang mampu dibayar oleh para pelajar, pusat latihan kami juga menawarkan jadual pembelajaran yang fleksibel dan jadual pembelajaran di hujung minggu untuk memudahkan para pelajar yang bekerja menghadiri kuliah. Tempoh pembelajaran yang singkat selama 4 bulan ini telah dirancang dengan teliti agar ianya mencakupi aspek-aspek latihan yang professional yang tidak membosankan.
Setelah para pelajar tamat kursus, peranan C&C Training Centre tidak berhenti setakat itu, pihak pentadbiran kami turut memberi sokongan padu dan segala bentuk nasihat dan kaunseling sebelum para pelajar menempuh alam pekerjaan.

C&C Training Centre berusaha untuk memenuhi impian setiap individu yang berwawasan untuk mencapai kerjaya dan pendapatan yang lebih baik dalam era pembangunan yang semakin maju dan berteknologi. Besar harapan kami agar dapat melahirkan para pelajar yang berpotensi menyumbang serta menjadi pemangkin kepada kemajuan dan pembangunan ekonomi negara tercinta.


“Peningkatan Kemahiran Komersial Untuk Pembangunan Perdagangan dan Perniagaan”